Thursday, August 15, 2013

Siapa FATIH SEFERAGIC?

Salam.

Siapa Fatih Seferagic?
Kenal Fatih Seferagic?

His Twitter: http://twitter.com/FatihSeferagic




Seorang Al-Hafiz muda berbangsa Bosnia, dilahirkan di Jerman, dan menetap di Texas, USA. Fatih merupakan seorang guru Al-Quran di sana. Hafiz Qur’an, bersuara indah dan tampan. 

Tinggal dan menetap di Amerika Syarikat bukan menjadi alasan baginya untuk tidak menghafal Al-Quran.Pada usia 4 tahun,dia berpindah ke AS, tinggal di Arizona selama 3-4 tahun sebelum menetap di Baltimore, Maryland selama 7 tahun dimana dia mula menghafal Al-Quran.

Dia mula menghafal Al-Quran pada usia 9 tahun dan menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam 3 tahun alias menjadi hafiz pada usia 12 tahun! Dia melatih hafalannya itu di bawah bimbingan Syekh Qari Zahid dan Qari Abid. Sekarang sambil sekolah, dia juga mengajar Al Quran dan menjadi ketua remaja masjid Sheikh Yasir Birjas di Dallas, Texas.


Fatih Seferagic boleh menjadi satu figur remaja yang layak dicontohi khususnya remaja. Untuk itu, mungkin diperlukan lagi berita tentang beliau dan terus dibahagikan kepada remaja seluruh dunia terutama Malaysia @ Nusantara. Syukurlah kalau boleh menghadirkannya ke sini.

Di negara MALAYSIA @ Nusantara ini yang majoriti adalah umat Islam. Sudah  berapa juz yang kita sudah hafal ? Sudah berapa ayat hari ini?
tanyakan pada diri sendiri.Tepuk dada tanyalah Iman kita masing-masing.

Semoga, selepas ini akan lebih ramailah ibubapa  bermotivasi yang mahukan anak-anak mereka menghafal Al-Quran berbanding ingin anaknya menyandang gelaran dalam akademik yang hanya untuk sekadar mencari bahan sanjungan dan kebanggaan manusia di dunia yang fana ini.


I was born in Germany, moved to the states at the age of 4.
 I completed my Hifdh in Baltimore at ISB hifdh program.
 I currently live in Houston, TX.

My nationality is Bosnian, but I was born in Germany. 
I moved to the USA at the age of 4. I lived in Baltimore, MD for 7 years 
where I completed my Hifdh at the 
Islamic Society of Baltimore under Shaykh Qari Zahid & Qari Abid.
 I moved to Dallas for 10 months to study classical Arabic at Bayyinah's 
Dream program. I currently live in Houston, 
TX as a student and a Qur'an Teacher.



P/S: Cuba cari Fatih Seferagic di youtube. Dengarkan bacaan beliau semasa menjadi imam solat Terawih dan dengarkan lagu nasyid Ghuraba yang dialunkan olehnya, sungguhhhh merdu.



Sumber:
http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com/2013/02/fatih-seferagic-si-tampan-yang-hafiz-al.html
http://princessloveglamorous.blogspot.com/2013/01/fatih-seferagic.html
http://www.isuhangat.net/v1/2013/01/19/justin-bieber-vs-fatih-seferagic/


No comments:

Post a Comment