Sunday, August 18, 2013

Bersedekah.

Salam.

Sedekah ialah satu cara untuk kita melaksanakan konsep tolong-menolong, bantu-membantu sesama
makhluk tanpa mengharapkan sesuatu balasan. (Hasil carian google). 

Segala bentuk kebaikan adalah sedekah. (HR Muslim)





Tak susah pun sebenarnya untuk kita memberi sesuatu kepada makhluk lain tanpa mengharapkan balasan. 
Aku bagi contoh, kau pergi kedai dan beli baju yang harga dia RM29.90. Dalam wallet kau time tu cuma ada 
RM50, kau pun bagi laa kat cashier tu tapi bila cashier tu pulangkan RM20.10 kau pulangkan semula 10sen tu. 
Mungkin kau rasa eh malu aku, kang cashier tu ingat aku belagak ke apaa. Kalau kau takut dia cakap macam 
tu, time kau pulangkan 10sen tu kau cakap laa niat saya nak sedekah jee. (panjang pulak contoh aku)








Contoh sedekah lain yang SIMPLE

  • Tanam pokok depan rumah. Bila ada je makhluk yang berteduh kat tanaman
    kau tu dikira sedekah.
  • Bantu orang tua yang memerlukan bantuan, etc dekat shopping mall, tepi jalan
    ketika kau bekerja.
  • Tolong cleaner, kalau ternampak sampah pun dah boleh kutip.
  • Sedekah paling senang nak buat ialah sedekah pada peminta sedekah.
  • Atau pun korang sedekah sejadah, telekung or duit untuk mana mana masjid :)
  • Pulihkan hubungan orang orang yang sedang bergaduh.
  • Membantu orang mengakat barang atau memumpangkan menaiki kenderaan.
  • Dan lain lain contoh yang sangat praktikal untuk dilakukan kan :)












Ni antara kebaikan bersedekah setelah aku meng'google'

1- Menyucikan harta.
2- Membersihkan dosa dan kesalahan.
3- Menolak bala dan sakit.
4- Mengalirkan kebahagian di hati orang orang miskin.
5- Mendatangkan keberkatan harta dan keluasan dalam rezeki. 
6- Bersegeralah bersedekah, sebab bala bencana tidak pernah bisa mendahului sedekah. (Hadis Riwayat 
Imam Baihaqi).
7- Sedekah dapat memadamkan dosa sepertimana air memadamkan api. ( HR Tirmidzi)
8- Memadamkan murka Allah dan mencegah pelakunya dari kematian yang buruk.
9- Berlipat ganda pahala.



Share sesuatu yang berfaedah juga adalah sedekah.


Sumber:
Google.com
Such other blogs too. (forget to copy link. Sorry)

Hanya Kerana Sedekah 10sen.

"Kisahnya ringkas sahaja, tapi penuh pengajaran. Jom kita baca kisah hanya kerana sedekah 10 Sen.

“Adik payung ni berapa harga?” tanya ku kepada adik penjaga gerai.

“Satu RM14.90 kak” jawabnya.

“ok lah akak nak beli satu yang ini” sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau. Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku,namun aku kembalikan 10sen (sekupang dalam bahasa utaranya) kepadanya.

“Ambillah dik akak sedekah sekupang ni”. Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari kelas mengaji al-quran. kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah hari itu.



Selepas mengambil anak, aku bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para pekerjanya sibuk menyiapkan tempahan.

Sesampai aku di hadapan gerai makanan tersebut, seorang pekerja menyapa ku, “kak kita tak buka untuk hari ini, tapi bos saya kata kalau akak nak beli jugak menu yang sama dengan tempahan ada lebihan”.

Salah seorang pekerja di situ bertanya kepadaku.

“Lauk asam pedas ikan parang, sayur kacang goreng dan sambal belacan saja menunya.” Dia memberitahu

“Hmm Bolehlah dik, bungkus dua”, kata ku.

Setelah bungkusan bertukar tangan lalu kutanyakan berapa harganya.

“Kak, bos saya kata tak payah bayar dia sedekahkan makanan ini untuk akak dan anak akak”. Terpana aku seketika, Alhamdullillah rezeki bisik hatiku.

Sepanjang perjalannan balik peristiwa itu bermain-main dibenak fikiran ku. Pelbagai persoalan yang timbul, mungkinkkah kerana sedekah sekupang ku Allah gandakan balasannya dan ia dibayar tunai. Subhanallah…Alhamdullillah… Nikmat apa yang hendak didustakan lagi?

Aku teringat pada sabda junjungan yang pernah ku baca di laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam dulu. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya” (Hadis Riwayat Muslim)



Sedekah ini umpama pelaburan jangka panjang (long term investment) kerana Allah telah menjanjikan Lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di Akhirat iaitu;

5 kebaikan di dunia
Menyucikan harta
Menyucikan badan
Menolak bala dan penyakit
Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya

Manakala 5 kebaikan di Akhirat pula ialah :
DinaungkanAllah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
Ringan hisabnya
Berat timbangannya (amalan) diakhirat
Mudah melalui titian siratal-mustaqim
Bertambah darjatnya di dalam syurga Apa yang aku pelajari dari peristiwa ini untuk bersedekah tidak memerlukan wang atau harta yang banyak sebagaimana Sabda Rasulullah SAW :

“Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah. Peristiwa yang telah aku lalui itu betul-betul membekas dihati kerana sedekah sekupang aku dapat makanan untuk dua orang.""


Sumber: 
google.com

Thursday, August 15, 2013

2 Pesanan Penting Untuk Para Isteri.

Salam.

Bila dah jadi suami isteri, banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Bukan ingat kawin sebab sedap 
jee. Bila dah lafaz jee akad nikah tu, maksudnya kau dah kena pikul tugas kau samada kau isteri ataupun 
suami.

 Petikan darihttp://keretamayat.blogspot.com/2012/04/isteri-cantik-pun-kena-cerai.html

"Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!

Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.

Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!

Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!"

"Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!"

"Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga."

"Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak."

"Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu."

Siapa FATIH SEFERAGIC?

Salam.

Siapa Fatih Seferagic?
Kenal Fatih Seferagic?

His Twitter: http://twitter.com/FatihSeferagic




Seorang Al-Hafiz muda berbangsa Bosnia, dilahirkan di Jerman, dan menetap di Texas, USA. Fatih merupakan seorang guru Al-Quran di sana. Hafiz Qur’an, bersuara indah dan tampan. 

Tinggal dan menetap di Amerika Syarikat bukan menjadi alasan baginya untuk tidak menghafal Al-Quran.Pada usia 4 tahun,dia berpindah ke AS, tinggal di Arizona selama 3-4 tahun sebelum menetap di Baltimore, Maryland selama 7 tahun dimana dia mula menghafal Al-Quran.

Dia mula menghafal Al-Quran pada usia 9 tahun dan menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam 3 tahun alias menjadi hafiz pada usia 12 tahun! Dia melatih hafalannya itu di bawah bimbingan Syekh Qari Zahid dan Qari Abid. Sekarang sambil sekolah, dia juga mengajar Al Quran dan menjadi ketua remaja masjid Sheikh Yasir Birjas di Dallas, Texas.


Fatih Seferagic boleh menjadi satu figur remaja yang layak dicontohi khususnya remaja. Untuk itu, mungkin diperlukan lagi berita tentang beliau dan terus dibahagikan kepada remaja seluruh dunia terutama Malaysia @ Nusantara. Syukurlah kalau boleh menghadirkannya ke sini.

Di negara MALAYSIA @ Nusantara ini yang majoriti adalah umat Islam. Sudah  berapa juz yang kita sudah hafal ? Sudah berapa ayat hari ini?
tanyakan pada diri sendiri.Tepuk dada tanyalah Iman kita masing-masing.

Semoga, selepas ini akan lebih ramailah ibubapa  bermotivasi yang mahukan anak-anak mereka menghafal Al-Quran berbanding ingin anaknya menyandang gelaran dalam akademik yang hanya untuk sekadar mencari bahan sanjungan dan kebanggaan manusia di dunia yang fana ini.


I was born in Germany, moved to the states at the age of 4.
 I completed my Hifdh in Baltimore at ISB hifdh program.
 I currently live in Houston, TX.

My nationality is Bosnian, but I was born in Germany. 
I moved to the USA at the age of 4. I lived in Baltimore, MD for 7 years 
where I completed my Hifdh at the 
Islamic Society of Baltimore under Shaykh Qari Zahid & Qari Abid.
 I moved to Dallas for 10 months to study classical Arabic at Bayyinah's 
Dream program. I currently live in Houston, 
TX as a student and a Qur'an Teacher.



P/S: Cuba cari Fatih Seferagic di youtube. Dengarkan bacaan beliau semasa menjadi imam solat Terawih dan dengarkan lagu nasyid Ghuraba yang dialunkan olehnya, sungguhhhh merdu.



Sumber:
http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com/2013/02/fatih-seferagic-si-tampan-yang-hafiz-al.html
http://princessloveglamorous.blogspot.com/2013/01/fatih-seferagic.html
http://www.isuhangat.net/v1/2013/01/19/justin-bieber-vs-fatih-seferagic/


Wednesday, August 14, 2013

Menjadikan Artis Sebagai Idola.

Idola adalah perkataan yang merujuk kepada seseorang yang boleh dicontohi, menjadi ikutan dan sebagainya. Idola juga berkait rapat dengan akhlak, sahsiah dan ilmu. 


Mengapa artis diangkat sebagai idola? Baik tempatan mahupn luar negara. Apa hebat sgt mereka kepada negara. Dan saya terfikir apa faedah artis kepada saya? Nak dikatakan tambah kan ilmu pengetahuan tak juga. Fikir lah sendiri. Saya pelik melihat orang kat malaysia mereka sibuk hendak bergelar artis namun tak pernah tahu pn hidup artis. Artis tu bukanya selalu senang je. Adakala lebih susah. Semakin ramai artis nak berhenti jadi artis, makin ramai pula mengidam jadi artis? Benarlah Sabda Rasullah, tidak akan jadi nya kiamat sehingga muzik bermaharajalela.


Masyarakat menjadikan artis sebagai contoh, bukan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sandaran undang-undang. Sekiranya artis itu bertudung, tudung seperti itulah yang akan dicontohi fesyennya, tanpa mengikut hukum syarak. 






Sumber:
google.com
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13122.0
http://www.soutulmujahid.com/2011/03/artis-bertudung-sesatkan-masyarakat.html